awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kantin HTAR dibenar beroperasi semula

Bernama
Bernama
20/08/2017
00:45 MYT
Kantin HTAR dibenar beroperasi semula
PKD Klang mengeluarkan notis arahan penutupan kantin itu selepas melakukan pemeriksaan susulan video seekor tikus berada di dalam bekas makanan yang dihidangkan kepada pelanggan, tular di media sosial. - Gambar hiasan
Kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang diarah tutup petang Jumaat selepas didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan yang bersih dibenarkan beroperasi semula pada 10 malam hari yang sama.
Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming ketika dihubungi Bernama semalam berkata, keputusan itu dibuat selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang membuat penilaian semula terhadap tahap kebersihan kantin HTAR dan meluluskan untuk pembukaan semula selepas premis tersebut mematuhi syarat-syarat ditetapkan.
PKD Klang mengeluarkan notis arahan penutupan kantin itu kira-kira 2 petang Jumaat selepas melakukan pemeriksaan susulan video seekor tikus berada di dalam bekas sayur yang dihidangkan kepada pelanggan, tular di laman media sosial.
Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Zailan Adnan berkata kebenaran membuka semula kantin tersebut dibuat selepas mengambil kira kebajikan pelawat dan warga kerja hospital HTAR.
Dr Zailan berkata pihaknya akan sentiasa memantau kebersihan di kantin-kantin hospital dan akan menyenarai hitam serta menamatkan kontrak pengusaha kantin yang kerap dikenakan tindakan notis pembersihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ding Lay Ming
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
#HTAR
#kantin
#Klang
#media sosial
#notis arahan penutupan
#Pejabat Kesihatan Daerah
#tikus
#zailan adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan