awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki maut dalam kemalangan di PLUS dan Teluk Intan
Iran beri amaran sebarang "pelanggaran" oleh AS akan terima "tindak balas sewajarnya"
Qari Perak, Qariah Sarawak johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal berpatah balik di Selat Hormuz susulan Iran ketatkan kawalan

Bernama
Bernama
18/04/2026
14:16 MYT
Kapal berpatah balik di Selat Hormuz susulan Iran ketatkan kawalan
Data pengesanan kapal menunjukkan beberapa buah kapal berpatah balik pada Sabtu ketika cuba melalui Selat Hormuz susulan tindakan Iran memperketatkan semula kawalan ke atas laluan strategik itu. - Foto REUTERS
Data pengesanan kapal menunjukkan beberapa buah kapal berpatah balik pada Sabtu ketika cuba melalui Selat Hormuz susulan tindakan Iran memperketatkan semula kawalan ke atas laluan strategik itu, lapor Xinhua.
Menurut data perkapalan daripada MarineTraffic, kira-kira 10 kapal telah berpusing balik di perairan berhampiran Pulau Larak, iaitu kawasan yang digunakan oleh Iran untuk memantau trafik maritim.
Data berkenaan menunjukkan kebanyakan kapal yang terlibat adalah kapal tangki minyak, dengan beberapa daripadanya menyenaraikan pelabuhan di India sebagai destinasi dalam rekod Sistem Pengenalan Automatik (AIS) mereka.
Pada Jumaat, Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi berkata bahawa Selat Hormuz akan kekal "terbuka sepenuhnya" kepada perkapalan komersial sepanjang tempoh gencatan senjata dua minggu antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), yang menyaksikan lonjakan pergerakan kapal di perairan berhampiran.
Bagaimanapun, Iran mengumumkan pada Sabtu bahawa kawalan selat itu telah "kembali kepada status asal" susulan sekatan berterusan Tentera Laut AS terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran.
Selat Hormuz merupakan koridor penting bagi penghantaran tenaga global.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#pengesanan kapal
#Selat Hormuz
#kapal
#Berpatah Balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan