awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Greenpeace sertai flotila bantuan kemanusiaan Sumud Global ke Gaza

Bernama
Bernama
06/04/2026
16:20 MYT
Kapal Greenpeace sertai flotila bantuan kemanusiaan Sumud Global ke Gaza
Sejarah Greenpeace dalam mempertahankan lautan dan menentang ketidakadilan menjadikan mereka kumpulan tambahan yang kuat kepada misi flotila bantuan kemanusiaan Sumud Global ke Gaza. - Foto Global Sumud Flotilla

Greenpeace mengumumkan akan menyertai flotila bantuan kemanusiaan Sumud Global ke Gaza, satu usaha untuk memecahkan sekatan berpanjangan ke atas wilayah Palestin itu, dengan menyumbangkan sebuah kapal bagi sokongan teknikal dan operasi, lapor Anadolu Ajansi.

Kumpulan alam sekitar itu berkata kapalnya, Arctic Sunrise, sepanjang 50.5 meter dan mampu membawa sehingga 30 orang, akan mengambil bahagian dalam misi berkenaan.
“Sejarah Greenpeace dalam mempertahankan lautan, menentang ketidakadilan dan bertindak mempertahankan kehidupan menjadikan mereka kumpulan tambahan yang kuat kepada misi musim bunga 2026 kami,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Flotila Sumud Global Susan Abdullah dalam satu kenyataan.
“Kami belayar ke arah yang sama, dengan tekad bersama untuk membantu menamatkan sekatan haram Israel ke atas Gaza.”
Flotila itu dijadual berlepas dari Barcelona pada Ahad, 12 April, dengan perhimpunan solidariti awam dirancang sehari sebelumnya.
“Ketika kerajaan dunia gagal menunjukkan keberanian dan komitmen untuk menegakkan undang-undang antarabangsa serta kewajipan mencegah genosid di Gaza, flotila Sumud menjadi sinar solidariti kemanusiaan dan simbol harapan,” kata Eva Saldana, Pengarah Eksekutif Greenpeace Sepanyol.
Pada September lepas, flotila itu berlayar dari Sepanyol dengan penyertaan 43 bot dan 462 individu. Namun sebelum tiba di Gaza, pasukan Israel menaiki semua kapal dan menahan peserta, termasuk aktivis iklim Sweden Greta Thunberg.
Penganjur memaklumkan misi tahun ini dijangka menjadi yang terbesar setakat ini, melibatkan lebih 1,000 peserta dan 100 kapal, selari dengan mobilisasi di darat.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Greenpeace
#Gaza
#flotila
#Arctic Sunrise
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan