awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal penyerang amfibia AS tiba di Asia Barat

Bernama
Bernama
29/03/2026
05:19 MYT
Kapal penyerang amfibia AS tiba di Asia Barat
USS Tripoli berfungsi sebagai kapal utama untuk pasukan ekspedisi kira-kira 3,500 anak kapal dan Marin, berserta pesawat pejuang pengangkutan dan serangan serta aset amfibia dan taktikal. - Gambar/ Reuters
Sebuah kapal penyerang amfibia Amerika Syarikat (AS) yang membawa ribuan pasukan ekspedisi telah tiba di Asia Barat, menurut Komando Pusat (CENTCOM) AS pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Pelayar dan Marin AS di atas kapal USS Tripoli (LHA 7) tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat AS, 27 Mac,” menurut CENTCOM dalam kenyataan.
USS Tripoli berfungsi sebagai kapal utama untuk pasukan ekspedisi kira-kira 3,500 anak kapal dan Marin, berserta pesawat pejuang pengangkutan dan serangan serta aset amfibia dan taktikal, menurut CENTCOM.
Penempatan itu dibuat ketika AS dan Israel meneruskan serangan bersama ke atas Iran yang bermula pada 28 Feb, mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.
Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan tentera AS, menyebabkan korban dan kerosakan pada infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
#uss tripoli
#Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan