awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini
Cadangan Super Apps, pencapaian program Rakan Muda antara tumpuan Dewan Rakyat
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karate mampu kurangkan risiko terdedah jadi mangsa buli

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2022
21:00 MYT
Karate mampu kurangkan risiko terdedah jadi mangsa buli
Juara bagi Kejohanan Interdojo Karate bawah 18 tahun, Muhammad Imaan Nawfal (tiga dari kanan), Pingat Perak, Rizq Thaqif (kanan) dan Pingat Gangsa, Aisy Hafiy (dua dari kiri). - Astro AWANI
CYBERJAYA: Kebanyakan pelajar yang menyertai pasukan seperti Karate bukan sahaja dapat mempertahankan diri, tetapi juga dapat mengelakkan diri daripada mangsa buli.
Ia berikutan sebanyak 42 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah sekitar tahun ini sehingga Julai, meningkat berbanding hanya dua kes sepanjang tahun lalu.
Penganjur Kejohanan Kick Start Self Defense, Firdaus Tajuddin berkata, dengan teknik mempelajari melawan dan mempertahankan diri, mereka yang terbabit dalam kelab seni mempertahankan diri boleh mengurangkan risiko terdedah sebagai mangsa buli.
BACA: Buli: 9 pelajar mengaku tidak bersalah tumbuk, sepak rakan seasrama
BACA: 42 kes buli di sekolah Perak sejak Januari hingga Julai - Polis
Malah jelas Firdaus lagi, ia boleh diajar seawal umur enam tahun sebagai langkah awal, sekali gus boleh mempelajari asas seni pertahankan diri sehingga ke peringkat seterusnya.
“Karate adalah sangat penting. Karate dapat mendapatkan membantu membina karakter yang baik untuk anak-anak muda, memandangkan ada beberapa kes buli di sekolah, adalah penting untuk kanak-kanak belajar mempertahankan diri,” katanya pada program Kejohanan Interdojo Karate bawah 18 tahun di Cyberjaya, pada Sabtu.
Menurut Firdaus, ia merupakan program kali pertama dianjurkkan dengan pembabitan 150 perserta berumur antara enam sehingga 18 tahun daripada kelab karate sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut peringkat umur dan bersaing dalam acara dua kategori, iaitu individu dan berpasukan.
Tambahnya, kejohanan seperti ini antara lain mampu menguji kemahiran peserta mengikut latihan secara bulanan.
“Saya harap agar anak-anak muda boleh belajar Karate untuk mengamalkan sifat berdisplin, saling hormat menghormati dan bersungguh sungguh berjaya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#mangsa buli
#karate
#Firdaus Tajuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan