awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM40 juta bagi projek Sejati MADANI di Melaka
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan: 7 atlet berbasikal cedera kemalangan

Bernama
Bernama
14/04/2026
07:09 MYT
 Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan: 7 atlet berbasikal cedera kemalangan
KBOK 2026 yang berlangsung di Kedah dari 11 hingga 15 April itu melibatkan lebih 1,700 atlet dari 14 negeri yang bersaing dalam sembilan jenis sukan termasuk berbasikal, angkat berat, karate dan skuasy. - Gambar/ FB MSN
Sebanyak tujuh atlet berbasikal yang sedang bertanding dalam Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan (KBOK) 2026 mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jitra, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah Muhammad Radhi Mat Din berkata dua atlet mengalami kecederaan serius, manakala lima lagi hanya cedera ringan.
“Maklumat awal yang kita terima daripada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN), berlaku pecutan awal kira-kira 100 meter (m) sebaik perlumbaan bermula dan perkara itu telah menyebabkan pelumba bergesel antara satu sama lain sebelum terjatuh.
“Akibat daripada itu, dua atlet dari Sarawak dan Johor mengalami patah di pergelangan tangan kanan, manakala atlet yang lain hanya luka ringan. Kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata kemalangan seperti itu tidak dapat dielakkan kerana menjadi antara cabaran yang sering dihadapi atlet sama ada dalam sukan berbasikal mahupun sukan yang lain.
“Setakat ini, semua sukan yang dipertandingkan berjalan dengan lancar dan kita berharap semua atlet dapat menghabiskan KBOK dengan baik dan tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
KBOK 2026 yang berlangsung di Kedah dari 11 hingga 15 April itu melibatkan lebih 1,700 atlet dari 14 negeri yang bersaing dalam sembilan jenis sukan termasuk berbasikal, angkat berat, karate dan skuasy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBOK 2026
#acara berbasikal
#kemalangan
#atlet cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan