awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: UK tidak akan sertai AS sekat Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kasih sayang rakyat Malaysia ibarat keluarga buat kami - Warga Gaza

Seth Akmal
Seth Akmal
09/04/2026
22:45 MYT
Kasih sayang rakyat Malaysia ibarat keluarga buat kami - Warga Gaza
Mahmoud (kiri) bersama para sukarelawan sedang membungkus barangan Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza di Kaherah, Mesir. - Gambar Bernama
Warga Gaza menyifatkan rakyat Malaysia ibarat keluarga kerana konsisten menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka.
Pengarah Projek Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, Mahmoud Ghneim, 35 berpendapat, jasa rakyat Malaysia lebih daripada sekadar penyokong ketika Gaza berdepan tekanan rejim Zionis Israel.
“Saya bangga melihat saudara sesama Islam dari Asia Tenggara, meninggalkan kehidupan mereka yang selesa ke kawasan konflik untuk menghulurkan bantuan kepada kami,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, pada Khamis.
Tambahnya, jika diberi peluang untuk memasuki Gaza, Mahmoud pasti akan membawa sukarelawan dari Malaysia untuk turut serta dalam misi kemanusiaan tersebut.
Malah, dia turut berkongsi hasrat rakyat Gaza ntuk berkunjung ke Malaysia sekiranya diberi peluang, sebagai antara destinasi yang menjadi impian mereka untuk dilawati.
“Jika anda bertanya kepada mana-mana warga Gaza negara manakah yang mereka cintai atau ingin kunjungi, kebanyakan mereka pasti akan menjawab: Malaysia.
“Sama ada rakyat, kerajaan mahupun institusinya, semuanya menunjukkan kasih dan sokongan yang tulus kepada penduduk di Semenanjung Gaza,” katanya.
Pada masa sama Astro AWANI turut berpeluang mendengar pengalaman Mahmoud yang menjadi pelarian paksa akibat kediamannya musnah dibom oleh tentera Israel semasa peristiwa 7 Oktober 2023.
Keadaan tersebut memaksanya dan seluruh ahli keluarg berlindung di Hospital Al-Shifa yang terletak di utara Gaza, namun, serangan dahsyat yang melanda hospital itu pada tahun 2024 akhirnya memaksa Mahmoud menjadi pelarian hingga ke Iraq.
“Dalam tempoh tersebut, dua orang bapa saudara (sebelah ibu) dan sahabat saya yang telah mati syahid, Inilah realiti yang dialami oleh seluruh rakyat Palestin dan penduduk Gaza di Semenanjung Gaza,” katanya.
Namun ketika seruan Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza sampai kepadanya, Mahmoud bergegas menuju ke Mesir melalu perjalanan darat dan udara dalam tempoh yang panjang.
Perjalanan itu dilakukan demi bersama para sukarelawan dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Yayasan Al-Khair dalam menjayakan misi tersebut. Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza.">
“Kami bertolak dari Iraq ke Turkiye (Istanbul) dan terus ke Kaherah dengan mengambil masa 40 hingga 45 jam, ini adalah sebahagian dari aksi saya kami bersama para sukarelawan Malaysia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Gaza
#pelarian
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan