awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa

Bernama
Bernama
27/03/2014
01:42 MYT
Kassim Ahmad ditahan atas dakwaan menghina Islam dan melanggar fatwa
Bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan berunsur anti-hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim di sini tengah hari Rabu.
Kassim ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM yang diketuai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.
Di Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Kassim.
Katanya Kassim akan didakwa di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini atas dua kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Beliau berkata dua kesalahan itu ialah menghina agama Islam dan melanggar fatwa.
"Kesalahan pertama, Dr Kassim akan didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Jenayah Syariah kerana menghina Agama Islam.
"Kesalahan kedua mengikut Seksyen 9 akta yang sama kerana melanggar fatwa ataupun arahan pihak berkuasa agama," katanya.
Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari di Putrajaya baru-baru ini.
Pada seminar itu, Kassim dilaporkan turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa masyarakat kini melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.
Topic Berkaitan
#Kassim Ahmad
#Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan