awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Johor nafi dakwaan kakitangan tidak efisien di CIQ KSAB

Bernama
Bernama
02/05/2023
11:28 MYT
Kastam Johor nafi dakwaan kakitangan tidak efisien di CIQ KSAB
Misbahudin berkata setakat ini tiada aduan diterima pegawai penguat kuasa jabatan itu membabitkan kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas, seperti yang tular di media sosial.- Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menafikan dakwaan bahawa kakitangannya tidak efisien dalam menjalankan tugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, baru-baru ini.
Pengarahnya Misbahudin Parmin berkata setakat ini tiada aduan diterima pegawai penguat kuasa jabatan itu membabitkan kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas, seperti yang tular di media sosial.
Beliau berkata siasatan telah dijalankan dan video tular itu didapati merujuk kepada kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertindak melakukan pemeriksaan pasport sebelum ke kawasan pemeriksaan barang JKDM.
"Merujuk kepada satu video tular melalui sebuah aplikasi perkongsian video yang ditujukan kepada pegawai kastam di KSAB, kejadian itu didapati berlaku di Bus Terminal Import di kompleks berkenaan.
"Bagaimanapun, JKDM dan JIM merupakan dua organisasi signifikan khususnya dalam mengawasi pintu keluar dan masuk negara, namun peranan utama dan tugasan kedua-dua agensi penguatkuasaan ini adalah berbeza," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan JKDM dengan melayari laman web www.customs.gov.my.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 18 saat di aplikasi TikTok yang memaparkan berlaku kesesakan di CIQ KSAB berserta kapsyen yang mempersoalkan kapasiti petugas kastam di kaunter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Misbahudin Parmin
#kakitangan tidak efisien
#Kompleks Sultan Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan