awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaunseling, khidmat sokongan bantu budak mangsa rogol

Bernama
Bernama
05/02/2014
23:46 MYT
Kaunseling, khidmat sokongan bantu budak mangsa rogol
Datuk Seri Rohani Abdul Karim. -Gambar arkib
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya akan memberi kaunseling dan khidmat sokongan lain kepada kanak-kanak 12 tahun yang menjadi mangsa rogol seorang bekas pengurus restoran yang kemudian mengahwininya.
Beliau berkata ini akan dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam usaha membantu kanak-kanak itu supaya lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa.
Dalam kenyataan, Rohani menyatakan kesyukuran kerana kes itu telah selesai.
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 3 Feb lepas menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap bekas pengurus restoran itu kerana kesalahan merogol gadis bawah umur yang kemudian dikahwininya.
"Keputusan itu merupakan satu pembelaan terbaik buat kanak-kanak berkenaan. Pada usia 12 tahun, seharusnya kanak-kanak ini diberi perlindungan dan peluang untuk maju dalam pelajaran bagi merencana kehidupan lebih cemerlang di masa depan," kata menteri itu.
Beliau menarik perhatian bahawa ini sejajar dengan semangat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang diterima pakai di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#kaunseling
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#mangsa rogol
#Rohani Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan