awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaunter perkhidmatan kerajaan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai - KSN

Bernama
Bernama
29/06/2021
06:41 MYT
Kaunter perkhidmatan kerajaan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai - KSN
Mohd Zuki berkata, pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan itu antaranya melibatkan perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Kaunter perkhidmatan kerajaan akan kembali beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai ini dengan tatacara pengoperasian tertentu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata ketika ini perkhidmatan kaunter kerajaan kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin, tidak beroperasi secara fizikal sejak 1 Jun susulan pelaksanaan fasa pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Menurut Mohd Zuki, keputusan membuka semula kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara secara fizikal dengan tatacara pengoperasian itu dibuat setelah meneliti keperluan mendesak berdasarkan maklum balas awam.
Beliau berkata pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan itu melibatkan perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian, kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus dan kehadiran secara fizikal hanya melalui janji temu berjadual.
"Ketua jabatan hendaklah memastikan semua prosedur operasi standard COVID-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi setiap masa dalam mengimbangi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan dan pencegahan penularan wabak COVID-19 di tempat bertugas," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#COVID-19
#dalam talian
#MKN
#KSN
#kaunter
#Mohd Zuki Ali
#Pelan Pemulihan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan