awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaunter PRM 2.0 ditutup sementara 19–25 Mac sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
09/03/2026
14:51 MYT
Kaunter PRM 2.0 ditutup sementara 19–25 Mac sempena Aidilfitri
JIM memaklumkan penutupan itu melibatkan semua pejabat imigresen yang mengendalikan urusan program berkenaan di seluruh negara. - Foto Facebook/JIM
Kaunter bagi Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) akan ditutup sementara bermula 19 hingga 25 Mac ini sempena sambutan Aidilfitri.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi makluman di laman X rasminya memaklumkan penutupan itu melibatkan semua pejabat imigresen yang mengendalikan urusan program berkenaan di seluruh negara.
“Nota penting: Program Repatriasi Migran 2.0 akan tamat pada 30 April 2026,” menurut hantaran itu.
PRM 2.0 adalah program pengampunan bagi pendatang tanpa izin untuk pulang ke negara asal secara sukarela. Melalui program itu, mereka dikecualikan daripada tindakan pendakwaan serta ditawarkan kompaun mengikut kesalahan tertentu.
Program berkenaan dilaksanakan sejak 19 Mei tahun lepas.
Kerajaan turut bersetuju melanjutkan tarikh akhir program tersebut sehingga 30 April ini, khusus bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Melalui program berkenaan, kompaun sebanyak RM500 dikenakan bagi kesalahan memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah, selain kesalahan tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas.
Bagi kesalahan melanggar syarat pas pula, kompaun RM300 dikenakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kaunter
#Aidilfitri
#Jabatan Imigresen Malaysia
#PRM 2.0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan