awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu disegerakan
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS ajak media semarakkan momentum awal Sukan SEA 2027

Bernama
Bernama
26/02/2026
15:16 MYT
KBS ajak media semarakkan momentum awal Sukan SEA 2027
Dr Mohammed Taufiq berkata, usaha membangkitkan suasana temasya dwitahunan itu perlu digerakkan lebih awal bagi memastikan penganjurannya berjalan lancar serta mencapai standard terbaik. - Gambar Bernama
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menggesa penglibatan aktif rakan media bagi menyemarakkan momentum awal menjelang penganjuran Sukan SEA Malaysia 2027.
Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, usaha membangkitkan suasana temasya dwitahunan itu perlu digerakkan lebih awal bagi memastikan penganjurannya berjalan lancar serta mencapai standard terbaik.
"Sekarang ini kita perlu wujudkan 'hype' Sukan SEA itu sendiri. Kerjasama dengan media diharapkan dapat terus dieratkan ke arah penganjuran temasya dwitahunan di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar bersama Media, di sini, pada Khamis.
Dr Mohammed Taufiq berkata, selain media, sokongan semua pihak berkepentingan turut diperlukan bagi memastikan kejayaan penganjuran.
"KBS akan cuba sebaik mungkin untuk menganjurkan Sukan SEA ini dan menjadikannya antara yang terbaik," katanya.
Sukan SEA 2027 dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 29 Sept, dengan acara bakal diadakan di empat kluster iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#momentum awal
#Sukan SEA 2027
#Mohammed Taufiq Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan