awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS, KKLW antara kementerian dipanggil PAC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/11/2017
08:12 MYT
KBS, KKLW antara kementerian dipanggil PAC
HASAN berkata, PAC akan memanggil KBS dan KKLW susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2.
Selain dua kementerian itu, Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, pihaknya juga akan memanggil Lembaga Pelabuhan Bintulu Serta Malaysia Venture Capital (MAVCAP).
Menurutnya, ini memandangkan beberapa kementerian dan agensi itu terlibat secara langsung dalam projek berteraskan rakyat.
"Masih ada kementerian dan jabatan yang mempunyai masalah serta kelemahan. Kita (PAC) akan memanggil khususnya kementerian yang ada kepentingan masyarakat umpamanya KBS yang melibatkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan kepada belia.
"Selain itu, kita juga akan memanggil Lembaga Pelabuhan Bintulu serta Malaysian Venture Capital (MAVCAP) untuk beri penjelasan.
"Ia adalah bagi menambah baik serta mencari usaha supaya kementerian, jabatan dan agensi itu beroperasi dengan lebih baik," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu adalah Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad dan Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw.
Bagaimanapun katanya, secara keseluruhan PAC berpuas hati dengan prestasi pengauditan kementerian, jabatan, agensi dan kedudukan penyata kewangan badan berkanun di peringkat persekutuan serta negeri.
Sementara itu, Madinah dalam reaksinya berkata pihak Jabatan Audit Negara akan terus bekerjasama rapat dengan badan penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan audit yang dikeluarkannya.
Tambah beliau, pihaknya tidak menunggu sehingga pembentangan LKAN kepada PAC atau Parlimen sebaliknya mengadakan mesyuarat dengan agensi penguat kuasa bagi menentukan sebarang pelanggaran atau kecuaian dapat diselesaikan segera.
"Kaedah ini lebih berkesan dan proaktif apabila SPRM telah mengambil tindakan dalam kementerian atau agensi terbabit walaupun LKAN belum mengemukakan laporannya secara rasmi ke Parlimen," katanya.
Topic Berkaitan
#Belia
#Hasan Arifin
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#KBS
#Kira-Kira Wang Negara
#KKLW
#Lembaga Pelabuhan Bintulu serta Malaysian Venture Capital
#mavcap
#PAC
#Parlimen
#penjawat awam
#rakyat
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan