awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] PM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri
Tiga lagi pemain Iran tolak suaka Australia tiba di Kuala Lumpur
Jangan kelirukan rakyat, negara masih teguh hadapi cabaran krisis Asia Barat – Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDEBWM nafi permohonan EIA Loji Tenaga Hijau SIS ditolak

Naz Raseed
Naz Raseed
15/03/2026
01:59 MYT
KDEBWM nafi permohonan EIA Loji Tenaga Hijau SIS ditolak
Loji Tenaga Hijau KDEBWM. - Foto KDEBWM
KDEB Waste Management (KDEBWM) menafikan dakwaan bahawa permohonan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment atau EIA) bagi cadangan pembangunan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SIS) telah ditolak pihak berkuasa.
Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar, sebaliknya proses berkenaan masih berada dalam semakan standard oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Menurutnya, setakat ini, maklum balas rasmi daripada JAS serta EIA Technical Review Committee tidak menunjukkan sebarang kebimbangan asas terhadap reka bentuk projek atau kesesuaian lokasi pembinaannya.
“Dakwaan bahawa permohonan EIA telah ditolak adalah tidak benar. Proses penilaian masih berjalan seperti biasa di bawah semakan standard oleh JAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ramli berkata, semakan pentadbiran yang sedang dilaksanakan merupakan sebahagian daripada prosedur kawal selia biasa bagi projek infrastruktur berskala besar.
Proses tersebut, katanya, turut melibatkan penambahbaikan dokumentasi berdasarkan lebih 12,000 maklum balas yang diterima sepanjang sesi libat urus awam yang dijalankan dalam tempoh dua tahun lalu.
Dalam pada itu, JAS turut meminta supaya semua maklum balas awam disusun dengan lebih terperinci bagi memastikan setiap pandangan direkodkan dan dinilai secara menyeluruh dalam proses penilaian EIA.
Mengulas lanjut, KDEBWM memaklumkan, projek Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah merupakan komponen utama dalam strategi jangka panjang negeri Selangor bagi memodenkan sistem pengurusan sisa pepejal serta mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sisa.
Menurut syarikat itu, projek berasaskan teknologi waste-to-energy (WTE) berupaya menjana tenaga boleh diperbaharui selain menguruskan sisa domestik secara lebih cekap.
“Kami menegaskan bahawa projek ini hanya akan diteruskan selepas memenuhi sepenuhnya semua keperluan peraturan alam sekitar serta tertakluk kepada kelulusan akhir JAS,” kata Ramli.
Beliau turut menjelaskan bahawa apabila beroperasi kelak, loji tersebut akan dilengkapi dengan sistem kawalan pelepasan yang ketat serta pemantauan alam sekitar secara berterusan bagi memastikan kesihatan awam dan kelestarian ekosistem sentiasa terpelihara.
Pada masa sama, KDEBWM menyatakan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pakar teknikal dan masyarakat dalam memastikan pembangunan penyelesaian pengurusan sisa yang mampan untuk jangka panjang di Selangor.
Untuk rekod, Malaysia menghasilkan lebih 38,000 tan sisa pepejal setiap hari pada tahun 2023, dengan lebih 80 peratus daripadanya masih dilupuskan di tapak pelupusan.
Berbanding negara maju yang menggunakan kaedah landfill kurang daripada lima peratus, negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina masih bergantung kepada kaedah pelupusan terbuka.
Di Selangor pula, penggunaan tanah untuk tapak pelupusan meningkat daripada sekitar 300 ekar pada tahun 2000 kepada kira-kira 2,100 ekar pada 2022 dan dijangka mencecah 6,000 ekar menjelang 2050 sekiranya trend semasa berterusan.
Sebagai perbandingan, Indonesia merancang membina 30 loji waste-to-energy menjelang 2029, manakala Malaysia telah mengenal pasti 18 lokasi bagi pembangunan kemudahan WTE sebagai strategi baharu pengurusan sisa menggunakan teknologi moden.
Topic Berkaitan
#KDEB
#EIA
#JAS
#Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan