awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB

Bernama
Bernama
07/11/2024
15:15 MYT
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB). - Gambar fail/JaPen
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
Beliau berkata siasatan polis dalam kes itu menemukan semua kriteria di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang melayakkan kegiatan GISB dikategorikan sebagai kumpulan jenayah terancang.
"Yang pertama, pelakunya lebih daripada dua orang manakala yang kedua, ia membabitkan satu objektif, di sini eksploitasi kanak-kanak dan ketiga, ada elemen keuntungan dari segi material.
"Jadi pada pertimbangan polis, siasatan ini mengikut jalur Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang membolehkan kegiatan ini ditafsirkan sebagai kumpulan jenayah terancang maka kita guna pakai SOSMA dan terdapat 22 orang yang kita kenakan tuduhan," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menyentuh siasatan berkaitan isu 3R (institusi raja, agama dan kaum) yang dikendali oleh Bukit Aman sejak Mac 2023, Saifuddin Nasution berkata setakat ini, terdapat 182 kertas siasatan dibuka melibatkan 138 kes telah diselesaikan manakala 44 lagi masih dalam proses siasatan.
"Antara contoh penghinaan ialah ucapan yang merendahkan institusi raja atau agama termasuk serangan yang dikategorikan sebagai hinaan yang teruk. Kes ini melibatkan individu dari pelbagai latar belakang kaum seperti Melayu, Cina dan India," katanya.
Justeru itu, beliau berkata penggunaan peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948 dan ordinan lain adalah bagi menangani isu tersebut yang dianggap sensitif serta menjaga keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#SOSMA
#KDN
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan