awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN pertimbang haramkan buku dimiliki Siti Nor Aishah

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
27/04/2017
10:41 MYT
KDN pertimbang haramkan buku dimiliki Siti Nor Aishah
NUR JAZLAN: Soalnya buku itu diharamkan untuk pengedaran awam. Sekiranya buku itu tidak diedarkan secara awam, itu KDN belum ambil tindakan. -Gambar fail
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mempertimbang untuk mengharamkan beberapa buku yang dimiliki Siti Nor Aishah Atam yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam atas kesalahan memiliki 12 buku yang mempromosi fahaman militan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata KDN sehingga kini masih belum mengharamkan buku-buku tersebut kerana ia bukan untuk edaran awam.
“Soalnya buku itu diharamkan untuk pengedaran awam. Sekiranya buku itu tidak diedarkan secara awam, itu KDN belum ambil tindakan.
"Memang boleh diharamkan, tapi selalunya yang diharamkan adalah buku-buku yang dijual di kedai-kedai dan edaran awam,” kata Nur Jazlan.
Beliau ditemui selepas merasmikan kempen "#blackoutbumisakit: Bersama Selebriti Selamatkan Dunia" di ibu negara.
Ia merupakan program kempen anjuran Genesis bersama artis tempatan untuk menyemai sikap cintakan alam sekitar.
Topic Berkaitan
#haramkan buku
#KDN
#Nur Jazlan Mohamed
#Siti Nor Aishah Atam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan