awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN siasat elemen jenayah terancang - Saifuddin Nasution

Agensi
Agensi
28/02/2026
14:41 MYT
KDN siasat elemen jenayah terancang - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata antara fokus utama siasatan termasuk kemungkinan penglibatan kumpulan itu dalam kegiatan penyeludupan barangan, penyeludupan manusia dan migran, pemerdagangan manusia serta ancaman terhadap penguat kuasa. - Gambar fail/Bernama
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai sudut, termasuk kemungkinan wujud elemen jenayah terancang, susulan penahanan sembilan individu yang disyaki terbabit dalam insiden melepaskan tembakan ke arah kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah, Rabu lepas.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekiranya ia merupakan jenayah terancang, ia perlu memenuhi kriteria di bawah Seksyen 130V (Kanun Keseksaan), iaitu melibatkan dua atau lebih individu yang memperoleh manfaat, sama ada melalui pengaruh atau wang ringgit.
"Kita masih meneliti sama ada mereka ini bertindak sebagai satu kumpulan," katanya dalam sidang media selepas program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Kampung Simpul Belubang, di sini.
Beliau berkata kes berkenaan belum diklasifikasikan sebagai jenayah terancang kerana proses pengumpulan bukti masih dijalankan.
"Semalam kita menahan dua lagi individu, menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini sembilan orang. Kumpulan itu terdiri daripada lapan lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing."
"Pihak polis juga akan memohon perintah reman ke atas dua suspek yang baru ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Pelbagai hipotesis siasatan sedang dikaji," katanya.
Saifuddin Nasution berkata antara fokus utama siasatan termasuk kemungkinan penglibatan kumpulan itu dalam kegiatan penyeludupan barangan, penyeludupan manusia dan migran, pemerdagangan manusia serta ancaman terhadap penguat kuasa.
Menyentuh mengenai motif insiden, beliau tidak menolak kemungkinan ia merupakan bentuk tindak balas dendam sindiket susulan tindakan tegas kerajaan memperketatkan kawalan sempadan baru-baru ini.
Sebelum ini, polis menahan sembilan individu termasuk seorang wanita warga Thailand berusia antara 22 hingga 52 tahun dalam beberapa serbuan di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, Perlis, pada hari yang sama selepas kejadian.
Insiden itu berlaku apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dipandu Mohd Nasaruddin ditembak pada pukul 5.40 pagi di susur masuk Masjid Muhajirin, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.
Suspek yang menaiki sebuah motosikal dipercayai melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata separa automatik ke arah kenderaan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#jenayah
#AKPS
#tindak balas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan