awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Ketua Majlis Strategik Iran meninggal dunia akibat serangan AS–Israel
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan di Qatar belum stabil, rakyat Malaysia diminta berwaspada - Kedutaan

Bernama
Bernama
02/03/2026
14:39 MYT
Keadaan di Qatar belum stabil, rakyat Malaysia diminta berwaspada - Kedutaan
Kedutaan memaklumkan bahawa insiden terbaharu dilaporkan berlaku di kawasan industri Ras Laffan dan Mesaieed, namun hanya melibatkan kerosakan kecil. - Gambar Facebook
Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar, memaklumkan bahawa keadaan keselamatan di Qatar dan rantau Teluk masih belum stabil sepenuhnya susulan perkembangan terkini di rantau itu.
Kedutaan dalam satu notis kepada rakyat Malaysia di negara berkenaan pada Isnin, memaklumkan bahawa insiden terbaharu dilaporkan berlaku di kawasan industri Ras Laffan dan Mesaieed, namun hanya melibatkan kerosakan kecil.
"Oleh itu, semua rakyat Malaysia di Qatar adalah dinasihatkan untuk terus berwaspada dan tidak keluar, kecuali untuk urusan mustahak sahaja," menurut notis itu yang dimuat naik di Facebook Kedutaan itu.
Sementara itu, menerusi hantaran berlainan, kedutaan memaklumkan satu proses pengumpulan data sedang dijalankan bagi mengemas kini rekod rakyat Malaysia yang berada atau terkandas di Qatar bagi memastikan maklumat terkini dan lengkap dapat diperoleh.
"Langkah itu bertujuan membolehkan maklumat penting disalurkan dengan lebih cepat dan tepat sekiranya diperlukan," katanya.
Pautan itu boleh diakses di laman Facebook rasmi Kedutaan.
Ketegangan di Asia Barat memuncak pada Sabtu apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Tehran telah melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan ke atas Israel dan aset AS di negara Teluk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qatar
#berwaspada
#Facebook
#terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan