awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/11/2024
09:17 MYT
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Perdana Menteri bercakap dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja ke China, hari ini. - Foto BERNAMA
SHANGHAI: Keakraban Kuala Lumpur dan Beijing tidak bermaksud bahawa Malaysia menyebelahi mana-mana pihak termasuk dalam urusan hubungan kepimpinan, pelaburan serta perdagangan.

Ringkasan AI
  • Prinsip Pertengahan Malaysia: Malaysia berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan semua negara, tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
  • Hubungan Akrab dengan China: China mempunyai pendirian yang lebih dekat dengan Malaysia dalam hal perdagangan dan situasi di Gaza, menjadikan hubungan kedua-dua negara sangat akrab.
  • Kerjasama dengan AS dan Eropah: Malaysia juga mempunyai kerjasama pelaburan yang tinggi dengan Amerika Syarikat dalam sektor digital, semikonduktor, dan pusat data, serta hubungan baik dengan negara-negara Eropah seperti Jerman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara yang menyambut secara positif.
Begitu pun, beliau berkata China dilihat mempunyai pendirian yang lebih dekat dengan Malaysia berbanding kebanyakan negara lain termasuk hal perdagangan dan situasi di Gaza.
“Kita ambil sikap yang sederhana. Maknanya pertengahan, ada hubungan dengan baik. Negara China itu sambutan sangat akrab dan dianggap kita ini sebagai kawan.
"Jadi banyak-banyak hal seperti BRICS, kerjasama dua hala, memorandum persefahaman (MoU), dan perdagangan itu diberikan perhatian.
“Banyak orang mengatakan kita ini memihak tetapi tidak, banyak-banyak isu yang kita bincang kerana soal Gaza, pendirian China lebih dekat dengan kita berbanding kebanyakan negara lain,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja ke China, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) pula, Malaysia mempunyai kerjasama pelaburan yang tinggi dalam sektor-sektor tertentu seperti digital, semikonduktor serta pusat data.
"Begitu juga dengan Eropah terutamanya Jerman. Soal kerjasama dalam kalangan pemimpin negara, itu terserah kepada negara-negara lain. Kalau dia sambut rapat.. (hubungan itu) jadi rapat lah.
"Macam kita dengan ASEAN, itu hubungan sama ada kunjungan atau telefon, memang kerap berlaku. Bagi saya itu satu perkembangan yang sangat baik," tambah Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#hubungan Malaysia China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan