awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran 9 kilang, 11 jam baru api padam sepenuhnya

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/03/2024
02:10 MYT
Kebakaran 9 kilang, 11 jam baru api padam sepenuhnya
Kebakaran membabitkan sembilan kilang kelas B, dengan api marak menyebabkan kemusnahan 100 peratus. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Sejumlah sembilan kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Industri 5, Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.38 petang, pada Isnin.
"Seramai 54 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Selayang, BBP Batu Arang, BBP Sungai Pinang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan sembilan kilang kelas B, dengan api marak menyebabkan kemusnahan 100 peratus.
"Usaha memadamkan kebakaran dijalankan sebelum api berjaya dikawal pada 7.40 malam dan api hanya berjaya dipadamkan jam 4.16 pagi, pada Selasa," katanya dalam kenyataan.
Wan Md Razali berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran kilang
#Kampung Baru Sungai Buloh
#JBPM
#kilang kelas B
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan