awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/12/2024
08:59 MYT
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 bersama lima jentera dihantar ke Istana Kehakiman untuk memadamkan kebakaran. - Gambar/ JBPM
PUTRAJAYA: Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Abdul Manaf Che Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.45 tengah hari berhubung kejadian itu.
Justeru katanya, 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian dalam masa lima minit.
“Pusat Gerakan Operasi terima panggilan yang memaklumkan salah sebuah bilik perbicaraan berbau asap
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di tempat kejadian, didapati berlaku litar pintas di mana bilik berkenaan berbau asap,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Menurut Abdul Manaf, komander operasi mengarahkan anggota membuat pemeriksaan dan pemantauan lokasi kejadian bagi memastikan keadaan selamat.
Kejadian itu katanya berlaku ketika bilik tersebut kosong dan tiada sebarang prosiding berjalan.
Beliau memberitahu, kes itu diserahkan kepada pihak penyelenggaraan bangunan untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.09 tengah hari.
Topic Berkaitan
#mahkamah terbakar
#Istana Kehakiman
#Mahkamah Persekutuan
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan