awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: 18 mangsa masih dirawat di fasiliti kesihatan

Bernama
Bernama
23/04/2025
13:36 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: 18 mangsa masih dirawat di fasiliti kesihatan
Seramai 18 mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya masih lagi dirawat di fasiliti kesihatan sehingga hari ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 18 mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya masih lagi dirawat di fasiliti kesihatan sehingga hari ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata seramai 132 mangsa yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan swasta, telah dibenarkan keluar setakat 12 tengah hari tadi.
"Setakat hari ini, tiada kemasukan baru dan tiada kematian. Kita bersyukur kerana tiada kematian dan juga tiada lagi mendapat rawatan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara, SEACare 2025 di sini hari ini.
Dzulkefly berkata seramai 150 mangsa yang cedera mendapat rawatan di hospital kerajaan dan swasta pada hari kejadian, 1 April lepas.
Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas yang berlaku pada 8.10 pagi itu, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius, dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran gas
#Putra Heights
#mangsa kebakaran
#masih dirawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami