awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: LPHS tawar 100 unit rumah untuk disewa kepada mangsa - Amirudin

Seth Akmal
Seth Akmal
04/04/2025
04:24 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: LPHS tawar 100 unit rumah untuk disewa kepada mangsa - Amirudin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (duduk tengah) semasa sidang media selepas penyerahan kenderaan jenis Chery kepada mangsa kebakaran. - Foto Bernama
SUBANG JAYA: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menawarkan lebih 100 unit rumah untuk disewakan kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights pada Selasa lalu.

Ringkasan AI
  • LPHS menawarkan lebih 100 unit rumah sementara kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights melalui skim SMART Sewa Selangor.
  • Mangsa boleh ditempatkan di rumah SMART Sewa atau Airbnb dalam satu hingga dua minggu selepas perjanjian dimuktamadkan.
  • Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan keseluruhan dan 148 rumah terjejas tetapi boleh didiami selepas pembaikan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri akan cuba membiayai sebahagiannya daripada sumbangan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan.
“Pihak LPHS menawarkan lebih 100 unit rumah kepada mangsa-mangsa dalam bentuk skim SMART Sewa Selangor.
"Kalau semuanya berjalan dengan baik, dalam tempoh seminggu dua lagi kita boleh tempatkan mereka di rumah yang ditawarkan oleh SMART Sewa dan Airbnb,” katanya pada sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.
Tambahnya, perkara tersebut akan diumumkan selepas perjanjian dimuktamadkan.
“Kita akan umumkan selepas saya memuktamadkan perjanjian dan akan dbawa dalam mesyuarat jawatankuasa
“Supaya kita boleh mengurangkan tekanan kepada penduduk-penduduk yang terpaksa berhimpit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ini,” katanya.
Setakat semalam, seramai 630 mangsa daripada 157 keluarga tinggal di PPS Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia.
Sementara itu, keluarga dari 85 rumah di Taman Harmoni, Putra Heights telah dibenarkan pulang bermula malam tadi secara berfasa.
Topic Berkaitan
#Putra Heights
#Amirudin Shari
#kebakaran paip gas
#rumah sementara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan