awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gerai mercun: Polis teruskan siasatan, tunggu laporan JBPM 

Bernama
Bernama
26/03/2026
08:51 MYT
Kebakaran gerai mercun: Polis teruskan siasatan, tunggu laporan JBPM 
Awal pagi Ahad lepas, sebuah gerai menjual pelbagai jenis mercun di Taman Pekaka di Nibong Tebal, musnah dalam kebakaran. - Gambar fail
Tiga individu termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran sebuah gerai jualan mercun dan bunga api di Taman Pekaka telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata bagaimanapun siasatan masih diteruskan termasuk merakam beberapa lagi keterangan saksi sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
"Siasatan masih dijalankan dan polis masih perlu merakam keterangan dua hingga tiga lagi saksi serta menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum kertas siasatan dirujuk kepada DPP,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Tiga individu itu direman tiga hari bermula 23 Mac lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kecuaian dalam pengendalian bahan letupan.
Sementara itu, Pengarah JBPM Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata siasatan insiden itu dijangka siap dalam tempoh 14 hari.
Awal pagi Ahad lepas, sebuah gerai menjual pelbagai jenis mercun di Taman Pekaka di sini, musnah dalam kebakaran, yang turut memusnahkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dan tiga unit penyaman udara di luar sebuah rumah berhampiran gerai itu.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#siasatan
#kebakaran
#gerai jualan mercun dan bunga api
#Azizee Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan