awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran ladang: Rompin catat bacaan IPU tidak sihat

Bernama
Bernama
29/03/2026
10:22 MYT
Kebakaran ladang: Rompin catat bacaan IPU tidak sihat
Kebakaran itu menyumbang kepada peningkatan bacaan IPU, dengan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) menunjukkan bacaan 152 dari 9 pagi hingga 5 petang. - Gambar/ JBPM
Kualiti udara di Rompin masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat petang ini berikutan kebakaran sebuah ladang kelapa sawit di daerah itu.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Zakaria Ahmad berkata kebakaran itu menyumbang kepada peningkatan bacaan IPU, dengan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) menunjukkan bacaan 152 dari 9 pagi hingga 5 petang.
“Masyarakat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan menjaga kesihatan, khususnya individu yang berisiko,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Zakaria memaklumkan notis di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diserahkan kepada pengurus ladang pada 27 Mac bagi mengambil tindakan mengawal kebakaran dan mengemukakan laporan ke pejabat JAS Cawangan Rompin.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan masyarakat lebih bertanggungjawab dengan tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memberi kesan buruk kepada pelbagai pihak selain boleh dihukum denda atau penjara di bawah Seksyen 29A akta sama.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan hampir 60 hektar daripada 300 hektar kebakaran di sebuah ladang kelapa sawit di Rompin telah dipadamkan setakat 5 petang semalam dengan operasi pemadaman diteruskan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rompin
#kebakaran ladang
#JAS
#ladang
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan