awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden tembak: AKPS bakal dilengkapi senjata tahun ini
Kebersihan sekolah: Semua pelajar termasuk golongan bangsawan harus terlibat - PM Anwar
PM Pakistan alu-alukan gencatan senjata Lubnan, sokong usaha diplomatik Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran loji penapisan terbesar tak jejas bekalan bahan api - PM Australia

Astro AWANI
Astro AWANI
17/04/2026
03:47 MYT
Kebakaran loji penapisan terbesar tak jejas bekalan bahan api - PM Australia
Kebakaran di loji penapisan milik Viva Energy di Geelong berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 12 jam - Foto/ REUTERS
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese memberi jaminan bahawa kebakaran di loji penapisan minyak terbesar negara itu tidak akan menyebabkan sebarang sekatan terhadap bekalan bahan api.
Beliau berkata, kerajaan juga sedang mempergiat usaha untuk memastikan bekalan bahan api negara itu kekal mencukupi susulan konflik yang berlaku membabitkan Iran, yang menjejaskan bekalan bahan api global.
"Kerajaan telah menetapkan empat peringkat sebagai langkah perancangan dan persediaan bagi menghadapi situasi yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh perkembangan global, bukan kejadian di dalam negara.
"Oleh itu, insiden ini tidak akan membawa kepada sebarang perubahan. Kami akan memberikan kemas kini esok mengenai bekalan bahan api sedia ada. Bekalan bahan api masih terus diterima dan pengumuman semalam mengenai tambahan bekalan adalah satu perkembangan yang sangat positif," katanya memetik laporan Reuters pada Jumaat.
Kebakaran berkenaan berlaku di loji penapisan milik Viva Energy di Geelong, pada waktu yang mencabar bagi Australia yang mengimport kira-kira 80 peratus keperluan bahan apinya.
Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada malam Rabu dan berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 12 jam.
Loji tersebut membekalkan lebih separuh keperluan bahan api di Victoria, negeri kedua paling ramai penduduk di Australia, serta kira-kira 10 peratus daripada permintaan nasional.
Mengulas lanjut, Albanese berkata loji berkapasiti 120,000 tong sehari itu kini beroperasi pada kadar dikurangkan, dengan pengeluaran petrol sekitar 60 peratus.
Manakala, diesel dan bahan api penerbangan masing-masing pada 80 peratus selepas dua unit pemprosesan petrol terjejas.
Dalam perkembangan berkaitan, Albanese dilaporkan pulang lebih awal dari Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta memeterai perjanjian dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi mendapatkan bekalan tambahan bahan api.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Viva Energy, Scott Wyatt berkata kerja-kerja pemulihan masih dijalankan bagi memastikan operasi loji kembali pulih sepenuhnya dengan selamat.
Topic Berkaitan
#Kebakaran loji Australia
#Viva Energy
#Geelong
#Anthony Albanese
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan