awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada halangan potong gaji menteri jika ekonomi semakin meruncing - PM Anwar
PM Anwar junjung kasih titah Sultan Kedah, kembalikan keistimewaan Pulau Langkawi
Gencatan senjata Lubnan-Israel: MINDEF pantau rapi keselamatan MALBATT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebersihan sekolah: Semua pelajar termasuk golongan bangsawan harus terlibat - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
17/04/2026
08:49 MYT
Kebersihan sekolah: Semua pelajar termasuk golongan bangsawan harus terlibat - PM Anwar
Anwar berkata, majoriti ibu bapa telah memberi persetujuan kepada sekolah mengenai aktiviti sedemikian namun sebahagian membantah dan menyuarakan hal tersebut di media sosial. - Gambar/ Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menasihati ibu bapa untuk melatih anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti kebersihan di sekolah mereka.
Anwar berkata, majoriti ibu bapa telah memberi persetujuan kepada sekolah mengenai aktiviti sedemikian namun sebahagian membantah dan menyuarakan hal tersebut di media sosial.
Tambahnya, tidak ada pelajar termasuk golongan bangsawan, yang terkecuali daripada tanggungjawab berkenaan.
“Saya nak bagi nasihat, semua anak-anak kita dan golongan bangsawan tanpa kecuali harus jalankan tanggungjawab, (kerana) tandas kita guna maka kita bersihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba di sini hari ini.
Pada masa sama, Anwar turut berpendapat hal tersebut tidak rumit dan hanya memerlukan kerjasama daripada golongan ibu bapa.
“Latih anak-anak untuk menilai semua kerja, jangan anggap itu kerja tukang cuci macam mengesahkan (seolah-olah) ada (perbezaan) kelas,” katanya lagi.
Terdahulu, wujud beberapa rungutan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai pelajar diminta mencuci tandas sekolah mereka.
Topic Berkaitan
#kebersihan sekolah
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#bangsawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan