awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebanyakan pergerakan bantuan ke Gaza melalui lintasan sempadan ditolak

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/03/2026
03:42 MYT
Kebanyakan pergerakan bantuan ke Gaza melalui lintasan sempadan ditolak
Bekalan yang dibawa ke lintasan sempadan itu tidak dibenarkan memasuki Gaza walaupun telah dipunggah. - Gambar fail/Reuters
Hampir semua pergerakan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui lintasan sempadan Kerem Shalom yang dikawal Israel telah ditolak sejak dua hari lepas, sekali gus mengehadkan penghantaran bekalan kritikal ke wilayah itu secara drastik, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric berkata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan bahawa pada hari ini dan semalam, hampir semua pergerakan bantuan kemanusiaan ke lintasan Kerem Shalom telah ditolak.
“Akibatnya, kami hanya dapat mengambil bahan api, tetapi tiada bekalan lain,” kata Dujarric.
Beliau menambah bahawa bekalan yang dibawa ke lintasan sempadan itu tidak dibenarkan memasuki Gaza walaupun telah dipunggah.
Dujarric berkata Kerem Shalom kekal sebagai satu-satunya lintasan yang masih beroperasi untuk memasuki Gaza, manakala lintasan Rafah dan Zikim kekal ditutup sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran pada 28 Feb lepas yang mencetuskan peningkatan ketegangan lebih luas.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#PBB
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#Kerem Shalom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan