awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kebenaran akan terserlah akhirnya" - Jurucakap Najib Razak

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2018
15:20 MYT
"Kebenaran akan terserlah akhirnya" - Jurucakap Najib Razak
Najib ditahan pegawai SPRM pada petang Selasa di kediamannya di Langgak Duta sebelum dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. - Gambar fail
Penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semenangnya telah dijangkakan.
Menurut jurucakap bekas Perdana Menteri itu, ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat telah sedari awal lagi menjatuhkan 'hukuman bersalah' terhadap bekas perdana menteri itu dan menyuarakan perkara tersebut secara terbuka sejak mengambil alih kerajaan.
"Dakwaan berhubung SRC International Sdn Bhd ke atas Najib yang dijadualkan akan berlangsung pada Rabu termasuk siasatan terhadap 1MDB dan AMLA dilihat bermotifkan politik.
"Ia juga adalah hasil daripada dendam politik oleh kepimpinan Pakatan Harapan dibawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini.
BACA: Najib Razak ditahan SPRM, akan didakwa esok
Justeru Najib akan mencabar segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan membersihkan namanya di mahkamah kelak.
"InsyaAllah kebenaran akan mengatasi segalanya," kata jurucakap terbabit.
Najib ditahan pegawai SPRM pada petang Selasa di kediamannya di Langgak Duta sebelum dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Pasukan Petugas Khas (1MDB) turut mengesahkan telah membuat tangkapan berkaitan SRC International Sdn Bhd.
Dia akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.
Topic Berkaitan
#1MDB
#AMLA
#Langgak Duta
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan