awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah benarkan solat jemaah di masjid namun terhad kepada 3 orang

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
17/04/2020
04:39 MYT
Kedah benarkan solat jemaah di masjid namun terhad kepada 3 orang
Sheikh Fadzil berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan berkenaan kebenaran untuk mengadakan solat sunat Aidilfitri bagi negeri Kedah. - Astro AWANI
Kesemua masjid yang berada dalam negeri Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat berjemaah dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menerima perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Bagaimanapun, menurut Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang, bilangan jemaah yang dibenarkan hanya terhad kepada tiga orang bagi satu-satu solat fardu dan tidak melibatkan surau-surau yang ada di negeri itu.
Tambahnya, kelonggaran terbabit juga tidak merangkumi solat Jumaat dan solat sunat Tarawih, yang mana rakyat negeri itu diminta melaksanakan dua ibadat terbabit di rumah masing-masing.
"Ia sekadar terbatas kepada tiga orang jemaah pada satu-satu masa, yang terdiri daripada pegawai masjid sahaja, iaitu imam, bilal dan siak. Mereka akan buat penggiliran. Tiga orang sahaja dalam satu masa.
"Walaupun dalam bilangan yang kecil, dari sudut agama, ia telah melepasi tuntutan fardu kifayah ke atas anak-anak kariah," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Pos Kawalan Taman Rakyat, Mergong, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Sheikh Fadzil menyatakan, pihaknya masih mengadakan perbincangan berkenaan kebenaran untuk mengadakan solat sunat Aidilfitri bagi negeri Kedah dan ia akan dibuat berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19.
Minggu lalu, beliau telah menjelaskan, ibadat solat sunat tarawih di masjid-masjid dan surau-surau di Kedah, yang menjadi rutin sepanjang bulan Ramadan, berkemungkinan besar akan dibatalkan tahun ini.
Ia susulan tempoh penguatkuasaan PKP yang kini dilanjutkan hingga 28 April di bawah fasa ketiga.
Topic Berkaitan
#hari raya
#jemaah
#Kedah
#masjid
#mufti
#Sheikh Fadzil Awang
#solat berjemaah
#solat fardu
#Solat sunat Aidilfitri
#surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan