awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah catat kes penolakan vaksin pelalian tertinggi

Bernama
Bernama
24/06/2016
09:58 MYT
Kedah catat kes penolakan vaksin pelalian tertinggi
Bagi 2015, Baling merekodkan kes tertinggi dengan 70 kes diikuti Kulim (41 kes) dan Padang Terap (42 kes).
Kedah mencatatkan kes penolakan vaksin pelalian tertinggi di negara ini dengan 318 kes dilaporkan pada 2015 berbanding 239 kes pada 2014, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail.
Beliau berkata bagi 2015, Baling merekodkan kes tertinggi dengan 70 kes diikuti Kulim (41 kes) dan Padang Terap (42 kes).
Katanya kaji selidik mendapati faktor utama penolakan vaksin di negeri ini ialah meragui status halal vaksin (75.8 peratus), amalan homeopathy (18.6 peratus), tidak percaya kepada keberkesanan vaksin (0.9 peratus), kesan sampingan pada bayi (1.5 peratus), masalah sikap (2.5 peratus) dan masalah kewangan (0.6 peratus).
"Sebanyak 99.3 peratus yang menolak penggunaan vaksin adalah Melayu dan selebihnya bukan warganegara," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Selasa, tujuh beradik dari Kuala Muda dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim kerana disyaki dijangkiti difteria.
Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati empat daripada mereka yang berusia 10 bulan, 2 tahun, 3 tahun dan empat tahun tidak diberi suntikan vaksin pelalian difteria.
Akibatnya, seorang daripada mereka iaitu kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun meninggal dunia kerana difteria.
Norhizan berkata isu meragui status halal vaksin tidak sepatutnya timbul memandangkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah bersetuju bahawa vaksin imunisasi bukanlah najis dan tidak mengandungi unsur meragukan dalam kandungannya dan hukumnya.
"Oleh itu, saya nasihatkan ibu bapa supaya pastikan anak-anak diberi imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan," katanya.
Sabtu lepas, seorang budak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia di Melaka akibat difteria.
Topic Berkaitan
#Baling
#Dr Norhizan Ismail
#Kedah
#penolakan vaksin
#tertinggi
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan