awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah perlu lakukan melalui mahkamah, jika mahu tuntut caj air mentah - Chow

Bernama
Bernama
26/08/2024
13:44 MYT
Kedah perlu lakukan melalui mahkamah, jika mahu tuntut caj air mentah - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau sendiri telah berulang kali memberi penjelasan mengenai pendirian Pulau Pinang berhubung isu itu. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengesa Kerajaan Kedah untuk melakukan melalui mahkamah dan bukan di media atau secara terbuka jika mahu menuntut bayaran caj air mentah Sungai Muda yang diambil negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau sendiri telah berulang kali memberi penjelasan mengenai pendirian Pulau Pinang berhubung isu itu dengan Kerajaan Kedah sepatutnya memulakan tuntutan berkenaan di mahkamah.
"Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi menegaskan sebarang tuntutan caj air mentah yang diambil Pulau Pinang melalui Sungai Muda perlu melalui proses mahkamah namun sehingga kini perkara itu tidak dilakukan oleh Kedah, sebaliknya tuntutan berkenaan hanya dibuat menerusi percakapan semata-mata.
''Saya tidak pernah menerima surat tuntutan dari mahkamah oleh Kerajaan Kedah, sepatutnya Kedah memulakan tuntutan melalui mahkamah supaya mahkamah dapat putuskan tuntutan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Soft Launch Aplikasi Terbaru One Click Hub di Komtar hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar hari ini bahawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kerajaan Kedah dilaporkan akan terus menuntut bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang yang ketika ini mendapat 84 peratus sumber airnya dari Sungai Muda, Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri Mohamad Yusoff@Munir Zakaria dilaporkan berkata Pulau Pinang masih gagal membuat bayaran walaupun satu sen kepada Kedah biarpun tuntutan dibuat sejak 2010.
Sebagai rekod, Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat bekalan air dari Sungai Ulu Muda yang berpunca dari Kedah.
Bagaimanapun, Chow sebelum ini dilaporkan berkata penggunaan air oleh Pulau Pinang dari sungai khususnya di kawasan sempadan negeri itu adalah sejajar hak dan undang-undang antarabangsa.
Berikutan itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Kerajaan Kedah melantik panel peguam untuk menguruskan tuntutan caj air mentah diambil Pulau Pinang melalui Sungai Muda.
Mengulas lanjut, Chow berkata memang jelas dari segi undang-undang Pulau Pinang mengambil air Sungai Muda dari sempadan negeri itu.
"Perkara ini dikawal oleh undang-undang, siapa yang tidak puas hati boleh ambil tindakan undang-undang," katanya.
Beliau berkata tuntutan terbaharu caj air mentah dari Kedah itu boleh dianggap sebagai satu permainan politik oleh pemimpin negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#tuntutan
#Kedah
#caj air mentah
#Chow Kon Yeow
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan