awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah tuntut RM100 juta setahun bayaran royalti pajakan Pulau Pinang - Menteri Besar

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
27/10/2021
09:07 MYT
Kedah tuntut RM100 juta setahun bayaran royalti pajakan Pulau Pinang - Menteri Besar
Tuntutan RM100 juta setahun oleh Kedah itu disifatkan sebagai satu nilai yang kecil bagi pihak kerajaan Persekutuan jika dibandingkan dengan pendapatan yang dijana negeri Pulau Pinang, tegas Muhammad Sanusi Md Nor.
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah menuntut bayaran sebanyak RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan sebagai royalti pajakan tanah Pulau Pinang dan Seberang Perai untuk dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2022 yang akan dibuat Jumaat ini.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, nilai berkenaan adalah sesuai dan munasabah berbanding bayaran royalti yang diterima negeri itu sebanyak RM10,000 setahun sejak tahun 1786 serta bayaran khas RM10 juta yang dibuat Putrajaya sejak tahun 2018.
Bahkan, menurut beliau, tuntutan bayaran RM100 juta setahun itu disifatkan sebagai satu nilai yang kecil bagi pihak kerajaan Persekutuan jika dibandingkan dengan pendapatan yang dijana negeri Pulau Pinang.
Menurut Sanusi, asas kepada tuntutan terbabit adalah disebabkan tanah Pulau Pinang dipajak dari Kedah sejak 1786 dengan nilai royalti tahunan sebanyak 10,000 Dollar Sepanyol.
Bagaimanapun, bayaran itu kemudian dibuat dalam mata wang ringgit Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan namun dikekalkan dengan jumlah itu.
"(Amat) tidak munasabah sama sekali nilai (pada tahun) 1786 itu dibawa ke tahun 2021/2022… (sebenarnya) tidak ada kajian semua tentang nilai (bayaran pajakan itu).
"Akhirnya (pada) tahun 2018 atas tiada asas apa-apa, (Kedah) diberi (bayaran khas sebanyak) RM10 juta (setahun), bukan value (nilai) tetapi diberi penambahan daripada RM10,000 sekarang kita terima RM10 juta (serta) RM10,000 atas asas nilaian semasa yang tidak begitu rigid… kita mohon dipertimbangkan RM100 juta,” tegas Muhammad Sanusi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berharap tuntuan yang dibuat itu tidak mencetuskan rasa tidak puas hati mana-mana pihak memandangkan tindakan itu dibuat berteraskan sejarah, fakta dan realiti sebenar.
Tambahnya, nilai royalti tahunan yang harus dibayar mungkin mencecah antara RM400 juta hingga RM500 juta jika penilaian lanjut dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta mengenai pajakan melibatkan keseluruhan tanah Pulau Pinang.
Bagaimanapun, kerajaan Kedah, jelas Menteri Besar hanya meminta bayaran sebanyak RM100 juta setahun sahaja.
Topic Berkaitan
#Kedah
#pulau pinang
#pajakan
#RM100 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan