awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Eropah mungkin hanya ada enam minggu simpanan bahan api jet - IEA
TSMC unjur jualan 2026 naik lebih 30% dipacu permintaan AI
PBB perluas bantuan untuk Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai emas disamun, kerugian hampir RM10 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2026
09:24 MYT
Kedai emas disamun, kerugian hampir RM10 juta
Tangkap layar rakaman yang memaparkan sekumpulan lelaki menyamun sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol menyamun sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, di sini pada Khamis, melibatkan kerugian mencecah RM9.7 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, empat lelaki telah memasuki premis berkenaan sebelum bertindak mengacukan dua pucuk pistol.
"Suspek kemudiannya melarikan 21 dulang emas dengan anggaran berat kira-kira 15 kilogram.
"Turut dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan ialah selaras senapang patah bersama sebutir peluru milik pengawal keselamatan premis terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Fadil berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup berdurasi kira-kira tiga minit memaparkan sekumpulan penjenayah bersenjata pistol dan bertopi keledar melakukan samun di sebuah kedai emas.
Suspek turut menyerang seorang pengawal keselamatan sebelum melarikan sejumlah barangan berharga dalam tempoh beberapa minit. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rompakan
#kedai emas
#jalan tun sambanthan
#bersenjatakan pistol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan