awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TSMC unjur jualan 2026 naik lebih 30% dipacu permintaan AI

Astro AWANI
Astro AWANI
16/04/2026
11:27 MYT
TSMC unjur jualan 2026 naik lebih 30% dipacu permintaan AI
TSMC sebelum ini melaporkan keuntungan bersih suku pertama berjumlah NT$572.48 bilion (RM71.7 bilion), meningkat 13.2 peratus berbanding suku sebelumnya, dengan hasil disatukan mencecah kira‑kira NT$1.13 trilion (RM142 bilion). -Gambar fail
Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) mengunjurkan jualan bagi tahun 2026 meningkat lebih 30 peratus dalam nilai dolar AS, dipacu permintaan global yang kukuh terhadap aplikasi kecerdasan buatan (AI).
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TSMC, C.C. Wei, berkata ledakan AI terus melonjakkan keperluan pengkomputeran, sekali gus meningkatkan penghantaran cip yang dihasilkan menggunakan proses termaju syarikat itu.
Wei menyatakan keyakinan terhadap prospek tersebut, yang merupakan semakan naik berbanding anggaran awal pada Januari, meskipun berdepan kenaikan kos komponen elektronik serta ketidaktentuan makro susulan konflik di Asia Barat.
TSMC sebelum ini melaporkan keuntungan bersih suku pertama berjumlah NT$572.48 bilion (RM71.7 bilion), meningkat 13.2 peratus berbanding suku sebelumnya, dengan hasil disatukan mencecah kira‑kira NT$1.13 trilion (RM142 bilion).
Ketua Pegawai Kewangan, Wendell Huang, berkata syarikat menjangkakan jualan suku kedua mencecah antara AS$39.0 bilion (RM154 bilion) hingga AS$40.2 bilion (RM159 bilion).
Bagi menyokong permintaan tinggi terhadap 5G, AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), TSMC menganggarkan perbelanjaan modal (capex) 2026 berada pada tahap tertinggi dalam julat AS$52 bilion (RM205 bilion) hingga AS$56 bilion (RM221 bilion).
Langkah itu bertujuan mengukuhkan kedudukan TSMC sebagai pengeluar cip kontrak terbesar dunia serta mengekalkan pertumbuhan pulangan yang stabil kepada pemegang saham dalam jangka panjang.
Topic Berkaitan
#TSMC
#kecerdasan buatan
#cip AI
#semikonduktor
#C.C. Wei
#Wendell Huang
#Perbelanjaan Modal
#teknologi global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan