awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/04/2021
22:22 MYT
Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar
Kedai perabot di Simpang Ampat, Semanggol yang musnah terbakar dalam kejadian malam tadi. -JBPM
BAGAN SERAI: Sebuah kedai perabot di Simpang Ampat, Semanggol dekat sini musnah terbakar dalam kejadian malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 8.53 malam.
Katanya, setibanya jentera di lokasi, didapati sebuah rumah kedai kelas B dengan keluasan 80x40 sedang terbakar.
“Kerja-kerja pemadaman mengguna satu aliran hos dengan dua pancutan air dari tangki jentera.
“Anggota menggunakan teknik offensive dan defensive, manakala anggota Pasukan Bomba Sukarela membantu membuat pemadaman sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan pagi ini.
Lebih 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Kamunting, Taiping dan Kuala Kangsar terlibat dalam operasi kira-kira empat jam itu dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari kawasan berhampiran.
PBS yang terlibat ialah dari Kuala Gula, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Sungai Jawi, Juru, Jalan Bawah Kuala Kurau, Bagan Serai dan Bagan Seberang.
Operasi tamat sepenuhnya pada 12.54 tengah malam.
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.
Topic Berkaitan
#kedai perabot terbakar
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Pasukan Bomba Sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan