awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
02/08/2024
11:37 MYT
Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini
Mohd Puad berkata, kehilangan Sharifah Azizah disifatkan satu kehilangan besar kerana sumbangannya begitu besar bukan sahaja kepada rakyat, negara, kawasan yang diwakilinya tetapi juga kepada BN. - Gambar Astro AWANI
KLUANG: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memaklumkan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahad ini.
Kata Datuk Mohd Puad Zarkashi, ia berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada tengah hari Jumaat.
"Insha-Allah hari Ahad ini (akan maklumkan kekosongan), kerana hari ini dan esok, pejabat tutup. Hari Ahad saya masuk pejabat dan akan memaklumkan kepada SPR dengan segera.
"Tempoh dalam masa segera (umum kekosongan kerusi) kalau ikut peraturan Fasal Lima Perkara 23 Bahagian Kedua kita akan maklumkan.
"Masa sekarang baru dan tidak sesuai kalau kita hendak umum tetapi kita akan maklum segera, situasi ini juga pernah berlaku semasa pemergian ADUN Pulai, Datuk Salahuddin Ayub, sehari selepas itu saya buat pengumuman, sebab hari ini dan esok cuti, kita tunggu Ahad," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengkebumian jenazah Allahyarhamah Sharifah Azizah di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Sakinah, Kampung Tengah Kluang di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mohd Puad berkata, kehilangan Sharifah Azizah disifatkan satu kehilangan besar kerana sumbangannya begitu besar bukan sahaja kepada rakyat, negara, kawasan yang diwakilinya tetapi juga kepada Barisan Nasional (BN).
Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Sharifah Azizah selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.25 petang.
Allahyarham Sharifah Azizah, 64, dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan dalaman dan sesak nafas sejak Rabu.
Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.
Sebelum ini, Sharifah Azizah adalah ADUN Penawar dari 2018 sehingga 2022.
Beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain Idrus Shahab Al-Haj yang merupakan bekas Speaker DUN Johor paling lama berkhidmat, iaitu dari 1978 hingga 1990.
Topic Berkaitan
#Wanita UMNO
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#ADUN
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan