awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan letak harapan tinggi kerajaan Persekutuan bayar wang ihsan sebelum akhir Disember

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2023
04:45 MYT
Kelantan letak harapan tinggi kerajaan Persekutuan bayar wang ihsan sebelum akhir Disember
Mohd Nassuruddin memberitahu, masih meletakkan harapan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membayar keseluruhan wang ihsan pada penghujung tahun ini. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap kerajaan Persekutuan dapat membayar sepenuhnya baki wang ihsan sebelum akhir Disember ini.
Menteri Besar, Datuk Nassuruddin Daud berkata, untuk tahun ini sebanyak RM40 juta diperuntukkan kepada kerajaan negeri.
"Memang dasarnya kita tuntut royalti. Tetapi sementara kita dapat royalti harap kerajaan Persekutuan salurlah wang ihsan terlebih dahulu," katanya semasa menjawab soalan daripada Rozi Muhamad (Pas-Tendong) pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Ahad.
Menurut beliau, jumlah RM40 juta itu dilihat agak ketara jika dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu RM331.38 juta.
Ujarnya, pada 2021 lalu, Kelantan menerima wang ihsan sebanyak RM201.04 juta manakala untuk 2020 sebanyak RM190.85 juta.
Mohd Nassuruddin memberitahu, masih meletakkan harapan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membayar keseluruhan wang ihsan pada penghujung tahun ini.
"Sama-samalah kita berdoa," katanya.
Menjawab soalan tambahan Rozi berkait dengan perbezaan ketara jumlah itu, ADUN Meranti itu memberitahu, kerajaan negeri sudah mengadakan perundingan dengan kerajaan Persekutuan berkait dengan perkara tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan
#wang ihsan
#Anwar Ibrahim
#Nassuruddin Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan