awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan mahu bina makmal geokimia bagi tingkat hasil perlombongan

Bernama
Bernama
29/03/2022
10:20 MYT
Kelantan mahu bina makmal geokimia bagi tingkat hasil perlombongan
Ahmad berkata dengan adanya makmal itu nanti ia dapat memastikan mineral yang dikeluarkan menerusi aktiviti perlombongan adalah pelbagai dan berharga. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dalam usaha untuk mewujudkan makmal geokimia bagi meningkatkan hasil perlombongan di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata dengan adanya makmal itu nanti ia dapat memastikan mineral yang dikeluarkan menerusi aktiviti perlombongan adalah pelbagai dan berharga.
"Jika sebelum ini tidak dapat dikesan dengan baik, dengan adanya makmal ini nanti kita berharap ia bukan hanya dapat mengenal pasti satu jenis mineral namun dapat mengesan beberapa jenis mineral lain," katanya.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Adanan Hassan (PAS-Kelaboran) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim, hari ini.
Ahmad berkata inisiatif lain bagi meningkatkan hasil perlombongan adalah menerusi pelaksanaan dasar dengan mengenakan syarat pemohon tenemen mineral untuk mengadakan usaha sama dengan mana-mana syarikat atau anak syarikat milik kerajaan negeri (GLC).
Katanya, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif untuk melaksanakan polisi jualan sebanyak 30 peratus daripada hasil emas mentah di seluruh negeri kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd.
"Selain itu, kita juga turut melaksanakan kutipan royalti emas dalam bentuk jongkong emas tulen iaitu dua peratus daripada 10 peratus kadar royalti. Apabila kita ambil dua peratus kita boleh jual dengan harga tinggi.
"Walaupun kerajaan negeri tidak boleh berniaga tetapi kita boleh melaksanakannya menerusi anak syarikat kerajaan negeri untuk menawarkan harga tinggi terutama ketika ini harga emas melambung disebabkan krisis Rusia-Ukraine," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata bagi mengawal aktiviti perlombongan, kerajaan negeri mewujudkan pondok pengawal di kawasan perlombongan maganese di Aring, Gua Musang selain semakan berkala pihak berkuasa terhadap hasil dikeluarkan termasuk audit agar tidak berlaku penyelewengan dalam pembayaran royalti.
"Mengikut ketetapan, kadar royalti adalah tujuh peratus bagi bijih besi, maganese (12%), feldsfar (12%), bijih timah (12%) dan lain-lain mineral (12%)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#makmal biokimia
#perlombongan
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan