awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Keldai dadah' di KLIA rambang mata ditaja penginapan, tiket penerbangan
Misi GSF 2.0: Kerajaan aktifkan kerjasama G2G untuk kelancaran flotila - Amirudin
Video tular: Pangku wanita atas riba, pemandu bas dipecat serta-merta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelewatan bayaran pinjaman PTPTN hanya salah faham - Idris Jusoh

Bernama
Bernama
11/02/2017
11:06 MYT
Kelewatan bayaran pinjaman PTPTN hanya salah faham - Idris Jusoh
Menurut Idris, kelewatan yang berlaku disebabkan masalah komunikasi dan maklumat apabila agensi berkenaan belum menerima butiran pengesahan status pengajian pelajar. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan Tinggi menjelaskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak berhadapan masalah kewangan sehingga mengakibatkan kelewatan pembayaran pinjaman kepada pelajar.
Sebaliknya menurut menterinya Datuk Seri Idris Jusoh ia hanya salah faham membabitkan masalah dalaman.
Idris menjelaskan, PTPTN mencatatkan pungutan bayaran balik pinjaman melebihi sasaran RM2 bilion dengan kutipan mencecah RM3.4 bilion.
“Tidak ada masalah sebenarnya, ini isu dalaman, sudah dibincang. PTPTN tiada masalah. Pagi tadi pun dah banyak universiti hantar senarai. Bukan isu pun tapi mungkin berita ada sedikit komunikasi, PTPTN tahun lalu dapat kumpul RM3.4 bilion sasaran RM2 bilion bermakna PTPTN tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 'Jom Masuk IPT' 2017 di sini, hari ini.
Katanya, kelewatan yang berlaku disebabkan masalah komunikasi dan maklumat apabila agensi berkenaan belum menerima butiran pengesahan status pengajian pelajar daripada universiti yang terbabit.
Pada Jumaat PTPTN memuat naik notis di laman Facebook berhubung kelewatan bayaran pinjaman pelajar di 11 universiti awam.
Topic Berkaitan
#Idris Jusoh
#PTPTN
#Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#UA
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan