awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Keluar sekarang sebelum terlambat!' - Australia arah diplomat bukan keperluan tinggalkan Israel, UAE

Astro AWANI
Astro AWANI
12/03/2026
10:50 MYT
'Keluar sekarang sebelum terlambat!' - Australia arah diplomat bukan keperluan tinggalkan Israel, UAE
Menurut Wong (foto), pegawai penting akan terus kekal di kedua‑dua negara bagi menyediakan bantuan konsular kepada rakyat Australia yang memerlukan sokongan sewaktu konflik semakin memuncak. -Gambar fail
Kerajaan Australia mengarahkan diplomat bukan keperluan meninggalkan Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berikutan situasi keselamatan yang semakin meruncing di Asia Barat.
Arahan itu dimaklumkan Menteri Luar, Penny Wong, dalam satu kenyataan di platform X hari ini.
Menurut Wong, pegawai penting akan terus kekal bagi menyediakan bantuan konsular kepada rakyat Australia yang memerlukan sokongan sewaktu konflik semakin memuncak.
“Kerajaan Australia telah mengarahkan pelepasan pegawai bukan keperluan yang ditempatkan di Israel dan UAE disebabkan kemerosotan situasi keselamatan.
"Pegawai penting akan kekal di negara tersebut untuk menyokong rakyat Australia,” katanya.
The Australian Government has directed the departure of non-essential Australian officials posted to Israel and the UAE, due to the deteriorating security situation. Essential Australian officials will remain in-country to support Australians who need it.
— Senator Penny Wong (@SenatorWong) March 12, 2026
Beliau turut memperbaharui nasihat perjalanan dengan menggesa rakyatnya agar tidak melakukan perjalanan ke Israel dan UAE, selain menggesa mereka yang berada di rantau itu untuk keluar segera sementara laluan komersial masih tersedia.
“Jangan tunggu sehingga terlambat. Ini mungkin peluang terakhir bagi satu tempoh yang lama,” tegas beliau lagi.
We continue to advise Australians not to travel to Israel and the UAE. We urge you to leave the Middle East if you can and if it’s safe to do so. Don’t wait until it’s too late. It may be the last chance for some time.
— Senator Penny Wong (@SenatorWong) March 12, 2026
Sebagai langkah persediaan krisis, Canberra turut membuka pendaftaran Portal Krisis bagi warga Australia yang berada di Bahrain, Kuwait, Lubnan, Iran, Israel, Qatar, dan UAE bagi memudahkan urusan penyelarasan bantuan kecemasan dan pemindahan jika perlu.
Topic Berkaitan
#Australia
#Penny Wong
#Israel
#UAE
#Diplomatik
#Asia Barat
#keselamatan
#advisori perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan