awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Cikgu Istiqomah diberi khidmat psikososial berterusan - Fadhlina

Bernama
Bernama
20/08/2024
04:18 MYT
Keluarga Cikgu Istiqomah diberi khidmat psikososial berterusan - Fadhlina
Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat jenazah Istiqomah Ahmad dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas malam tadi. - Foto Bernama
PASIR MAS: Keluarga terutama anak-anak Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi yang masih bersekolah akan diberi khidmat psikososial termasuk kaunseling secara berterusan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata pihaknya sudah menyediakan komitmen bagi sokongan psikososial kepada keluarga berkenaan.
"Kita harap ia (kaunseling) diberi secara berterusan dan saya minta Ketua Pengarah (Pendidikan) melihat keperluan untuk menyokong dari pelbagai aspek khususnya bagi anak yang masih bersekolah.
"Saya merakamkan takziah dan pada kesempatan ini kita telah sampaikan sumbangan bagi memberi sokongan kepada keluarga termasuk daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Istiqomah di kediaman mereka di Kampung Kubang Badak di sini hari ini.
Fadhlina berkata selain sumbangan YGTHO, pihaknya turut melihat keperluan lain termasuk pemberian pencen untuk keluarga serta kebajikan untuk anak-anak Allahyarham.
"Sumbangan kebajikan ini turut diberikan kepada anak yang masih bersekolah. Kejadian ini memberi kesan yang menyayat hati apatah lagi Cikgu Istiqomah seorang guru yang sangat berdedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya sebagai pendidik.
"Allahyarham sudah lama berkhidmat sebagai pendidik di sekolah rendah di Johor dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan seorang yang komited dengan kerjanya," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istiqomah Ahmad Rozi
#Fadhlina Sidek
#khidmat psikososial
#kaunseling
#Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan