awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat

Bernama
Bernama
14/05/2024
06:10 MYT
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat pada 10 Mei lepas, dua hari selepas dilaporkan terjatuh pada 8 Mei kira-kira 8.15 pagi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan dapat membantu mempercepat proses penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata hasrat itu dinyatakan oleh keluarga mangsa pada pertemuan beliau bersama mereka semalam.
"Sehingga kini, mayat yang ditemukan pada Jumaat lepas itu masih berada di Chattogram Medical College Hospital dan keluarga mengharapkan proses penghantaran pulang mayat dicepatkan.
"Selain itu, pihak Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) juga telah pergi ke rumah arwah (Muhammad Isa) bagi proses bantuan yang sepatutnya," katanya.
Terdahulu, media melaporkan mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat pada 10 Mei lepas, dua hari selepas dilaporkan terjatuh pada 8 Mei kira-kira 8.15 pagi. Kejadian dilaporkan berlaku sehari selepas kapal terbabit tiba di perairan Chittagong dari Singapura.
Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dipercayai telah terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lepas dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.
Individu itu turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kru kapal rakyat Malaysia
#meninggal dunia
#Bangladesh
#penghantaran pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan