awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga terjejas banjir, air pasang besar di Sabah terima bantuan RM500

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
15/01/2021
12:57 MYT
Keluarga terjejas banjir, air pasang besar di Sabah terima bantuan RM500
Hajiji berkata JPKA Sabah dan NADMA juga akan menyalurkan bantuan makanan bermasak kepada semua mangsa yang dipindahkan ke PPS.
KOTA KINABALU:Setiap keluarga yang terjejas akibat banjir dan fenomena air pasang besar di Sabah akan menerima bantuan wang ihsan RM500 bagi membantu meringankan beban mereka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata bantuan itu akan diagihkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan diselaraskan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Pejabat Daerah yang terlibat.
Beliau berkata, selain itu, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dan NADMA juga akan menyalurkan bantuan makanan bermasak kepada semua mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
"Setiap ketua isi rumah yang dipindahkan ke PPS juga diberikan bantuan bakul makanan bernilai RM200," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.
Hajiji berkata dalam menghadapi bencana banjir dan air pasang besar semasa COVID-19, kerajaan negeri mahu semua pihak terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.
"Kerajaan negeri juga menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa," katanya.
Topic Berkaitan
#Sabah
#bantuan
#wang ihsan
#banjir
#air pasang besar
#Ketua Menteri
#Hajiji Noor
#makanan
#bermasak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan