awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Yun Peng belum sedia jumpa pemandu Toyota Vios

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/01/2019
08:01 MYT
Keluarga Yun Peng belum sedia jumpa pemandu Toyota Vios
Anggota keluarga mendiang Moey Yun Peng menunggu di luar pintu Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya pada Selasa. - Gambar BERNAMA
Keluarga pemandu SUV Mazda CX 5 yang maut terhumban ke laut dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang Ahad lepas belum bersedia untuk bertemu dengan pemandu Toyota Vios buat masa sekarang.
Abang mendiang Moey Yun Peng yang mahu dikenali sebagai Dennis berkata, buat masa ini keluarganya masih dibelenggu kesedihan dan tidak terfikir untuk bertemu dengan pemandu yang juga rakan mangsa atau keluarganya.
Malah pihak keluarga juga meminta diberi ruang untuk bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan menentukan hukuman yang akan dikenakan terhadap pemandu berkenaan.
"Sedih memang sedih, siapa tidak sedih kehilangan orang tersayang, tapi kita sudah terima pemergian adik, tetapi apa hukuman kepada pemandu itu kita serahkan kepada pihak polis" katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Kempas, Butterworth pada Rabu.
Dalam pada itu, keluarganya memaklumkan tidak akan menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini kerana masih berkabung dan sedih dengan kejadian menimpa mendiang.
Menurut Dennis, walaupun telah membuat persiapan termasuk membeli pakaian baharu dan menghias rumah, namun semua itu terpaksa dilupakan.
Topic Berkaitan
#Jambatan Pulau Pinang
#kemalangan
#Moey Yun Peng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan