awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Proses bedah siasat 15 pelajar mungkin ambil masa - Ketua Polis Perak

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
09/06/2025
06:41 MYT
Kemalangan bas UPSI: Proses bedah siasat 15 pelajar mungkin ambil masa - Ketua Polis Perak
Keadaan semasa di kawasan kejadian kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi, pada tinjauan Bernama di sini hari ini. - fotoBERNAMA
IPOH: Proses bedah siasat 15 mangsa nahas bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, dijangka mengambil masa hingga lewat malam ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, proses berkenaan terpaksa mengambil masa yang lama sehubungan jumlah jenazah yang ramai.
"Setakat ini, dua mangsa di Hospital Gerik dan 13 lagi menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
"Sukar untuk kita jangkakan berapa lama proses ini siap, tetapi apa yang saya boleh kongsikan seperti mana pihak hospital maklumkan memang ia akan mengambil masa yang lama.
"Mungkin sampai lewat malam. Jam berapa saya tak boleh jangkakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Sekurang-kurangnya, 15 maut dalam nahas melibatkan sebuah bas yang membawa 48 pelajar UPSI dan sebuah kenderaan, dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan pula memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut dari Hospital Gerik pada pukul 1.10 pagi tadi.
PKOD APM Hulu Perak turut memaklumkan keseluruhan 48 mangsa yang terlibat, termasuk 13 orang meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua orang di hospital, manakala empat lagi mangsa tercedera.
Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke UPSI, Tajung Malim, Perak.
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#bas persiaran melanggar Perodua Alza
#mangsa dibawa ke HRPB
#Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan