awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan di Jordan: Seorang pelajar Malaysia maut, empat cedera

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2013
14:35 MYT
Kemalangan di Jordan: Seorang pelajar Malaysia maut, empat cedera
Seorang pelajar Malaysia di Jordan maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya semalam.
Nahas berlaku kira-kira jam 5 petang waktu di Jordan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia, kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki oleh lima pelajar tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320km dari Amman, Jordan.
Pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Sumaiyah Romli meninggal dunia manakala Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, Nur Ili Dayana Mazlan, Mohamad Shukri Alias dan Humairak Ibrahim dilaporkan cedera.
Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra.
Pegawai dari Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa terlibat dan dalam proses menguruskan jenazah.
Keluarga pelajar yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan.
Topic Berkaitan
#Amman
#cedera
#gaung
#Jordan
#kemalangan
#maut
#pelajar
#terjunam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan