awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan di Muzdalifah: Seorang rakyat Malaysia telah dibawa pulang

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2022
14:55 MYT
Kemalangan di Muzdalifah: Seorang rakyat Malaysia telah dibawa pulang
Dalam satu kenyataan, Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah memaklumkan seorang lagi mangsa masih berada di Mekah untuk rawatan susulan. - Gambar KJM
KUALA LUMPUR: Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang terlibat kemalangan jalan raya di Muzdalifah, Arab Saudi baru-baru ini telah dihantar pulang pada awal pagi Selasa dengan penerbangan Saudi Airlines.
Dalam satu kenyataan, Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah memaklumkan seorang lagi mangsa masih berada di Makkah untuk rawatan susulan.
"Keputusan itu dibuat atas nasihat doktor yang merawatnya dan atas permintaan rakyat Malaysia itu sendiri," kata kenyataan tersebut.
[FAIL] Kemalangan di Arab Saudi | Dua rakyat Malaysia masih dirawat di hospital
Sebelum ini pada 12 Jun lalu, pihak KJM Jeddah telah mengadakan lawatan konsular terhadap kedua-dua mangsa yang dirawat di Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Makkah.
Seramai 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas bas dinaiki mereka terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada 9 Jun lalu.
Menurut Kementerian Luar dalam kenyataan media yang diedarkan, kesemua mangsa merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Makkah.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#kemalangan
#Arab Saudi
#Muzdalifah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan