awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/11/2024
12:43 MYT
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan akibat Monsun Timur Laut (MTL) sejak malam tadi. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan akibat Monsun Timur Laut (MTL) sejak malam tadi.
Setakat jam 8 malam, dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan di Daerah Kemaman di mana seramai 23 mangsa daripada empat keluarga telah terjejas.
Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, jumlah mangsa yang ditempatkan di Balai Raya Meraga Beris yang mula dibuka pada Jam 1 petang tadi kekal dengan 12 mangsa.
Manakala, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Labohan yang mula dibuka jam 6 petang tadi menempatkan dua keluarga yang terdiri daripada 11 mangsa.
Mangsa banjir di Kemaman
Mangsa banjir di Kemaman
Ia juga menjadikan PPS kedua yang diaktifkan di negeri itu menerusi gelombang pertama banjir yang melanda Terengganu pada Selasa.
Setakat ini, hujan melanda di kebanyakan kawasan di Terengganu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, selain kawasan Teluk Kalong, keadaan air dilaporkan semakin meningkat naik di kawasan perumahan penduduk di Kijal dan Kemasik.
Justeru itu pihaknya memohon semua penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya memberi perhatian dan bersiap sedia apabila diarah berpindah.
Topic Berkaitan
#banjir Kemaman
#terengganu
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan